ARTIKEL

Stigma, curiga Covid-19 punca orang takut melancong selepas ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui stigma yang berlaku ketika Covid-19 melanda menyebabkan orang ramai takut melancong dan berjalan.

Menurut beliau, apabila Covid-19 sudah berakhir, sukar untuk mengharapkan industri pelancongan akan terus melonjak.

“Hakikatnya, orang masih lagi berasa curiga. Kemungkinan kita akan bermula dengan industri pelancongan di peringkat domestik dahulu,” katanya dalam wawancara dengan Suara Sarawak/SV.

Untuk  membaca wawancara lengkap, baca keluaran Suara Sarawak hari ini.

“Orang ramai, pelajar, anak sekolah dan ibu bapa akan melancong di dalam negara sendiri. Ini kerana mereka lebih yakin dan mereka tahu akan keadaan di Sarawak, Kuala Lumpur, Terengganu dan sebagainya. Selepas itu barulah Industri pelancongan akan berkembang ke dunia luar,” jelasnya.

Abdul Karim berkata, industri pelancongan merupakan sektor yang terpenting dan memberi sumbangan sebanyak 8.7 peratus dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar  (KDNK) untuk Sarawak.

Katanya, ia melibatkan 19.1 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di negeri ini.

“Ini industri yang besar untuk rakyat Sarawak,” tegasnya sambil mengakui bahawa sektor pelancongan antara yang paling terjejas daripada  pandemik Covid-19.

Jelasnya, kerugian yang dialami oleh Malaysia lebih kurang RM9 bilion, membabitkan sektor perhotelan, pengangkutan, perkhidmatan, penerbangan dan sebagainya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU