ARTIKEL

Sebahagian daripada aktiviti Program Pembangunan Kapasiti (Advanced) Panel Tenaga Pakar Dasar Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice, GRP) Sarawak.

STIU komited perkukuh kecekapan penjawat awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) menganjurkan Program Pembangunan Kapasiti (Advanced) Panel Tenaga Pakar Dasar Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice-GRP) Sarawak pada 15 hingga 16 April lalu.

Program selama dua hari ini melibatkan penyertaan seramai 11 penjawat awam daripada pelbagai agensi Kerajaan Sarawak, yang berperanan sebagai Panel Tenaga Pakar dalam inisiatif Key Focus Activities (KFA) 2.0.

Peserta Program Pembangunan Kapasiti (Advanced) Panel Tenaga Pakar Dasar Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice, GRP) Sarawak merakam gambar bersama.

Fokus utama program adalah untuk memperkukuh kefahaman peserta dengan tujuh elemen Analisis Impak Peraturan (Regulatory Impact Analysis- RIA), yang menjadi teras dalam proses penambahbaikan peraturan secara sistematik, telus dan berasaskan data.

Menurut Pengarah STIU Superi Awang Said, usaha memperkasa keupayaan panel tenaga pakar ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Sarawak untuk memastikan semua projek penambahbaikan peraturan atau proses yang dikemukakan melalui KFA 2.0 memenuhi piawaian dan amalan terbaik dalam tadbir urus.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU