ARTIKEL

FATIMAH Abdullah serta delegasi kementerian yang menyertai ARNEC 2025 di Manila.

Strategi inovatif Kerajaan Sarawak berfokuskan kanak-kanak dibentangkan di ARNEC 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Sarawak menonjolkan komitmennya dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) yang inklusif semasa persidangan Rangkaian Serantau Asia-Pasifik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ARNEC) 2025.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah telah mengetengahkan strategi inovatif dan berfokuskan kanak-kanak di negeri ini.

Beliau membentangkan usaha Kerajaan Sarawak dalam mengintegrasikan kanak-kanak berkeperluan khas ke dalam perkhidmatan ECCE arus perdana.

Terutama menerusi penyedia ECCE milik Kerajaan Sarawak, SeDidik, yang telah menerima pakai Dasar Pintu Terbuka, dengan 198 kanak-kanak berkeperluan khas (6.8 peratus) belajar bersama rakan sebaya mereka di 106 pusat SeDidik.

Katanya, kesemua guru telah dilatih dalam amalan inklusif dan bahasa isyarat asas untuk memastikan komunikasi yang boleh diakses dan dihormati.

Sarawak turut mengembangkan perkhidmatan intervensi awal melalui Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) di bandar dan luar bandar, memberi sokongan kepada lebih 683 kanak-kanak.

Dengan kerjasama perusahaan sosial Jepun, TOY8, alat saringan digital telah diperkenalkan untuk mengurangkan tunggakan penilaian dan mengenal pasti keperluan pembangunan lebih awal.

Usaha yang disokong oleh Yayasan Nippon dan Kerajaan Jepun, program ini kini menyokong peralihan yang lancar daripada campur tangan kepada tadika arus perdana, dengan empat kanak-kanak yang berjaya membuat peralihan.

“Inklusi kecacatan bermula pada peringkat awal kanak-kanak.

“Namun, dengan mengajar empati, pemahaman dan rasa hormat sejak awal, kita dapat membentuk masa depan mereka dengan lebih inklusif,” tegas Fatimah.

Persidangan tersebut bertema Memajukan Perkhidmatan Pembangunan Awal Kanak-Kanak Yang Saksama: Peranan Kritikal Tadbir Urus Tempatan yang Berkesan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Felicia Tan dan Ketua Bahagian Awal Kanak-kanak Salina Bujang turut serta.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira