Subsidi kos penghantaran ringankan beban pengguna

KUCHING: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berharap peruntukan pemberian subsidi kos bagi program penghantaran barang ke kawasan pedalaman seperti program ‘’Community Drumming” dapat dipertingkatkan berikutan mendapat maklum balas yang baik.

“Saya menerima maklum balas beberapa Ahli Parlimen seperti Hulu Rajang dan Baram, mereka menyambut baik program ini. “Malah, mereka mencadangkan peruntukan tersebut ditingkatkan lagi.

“Jadi kita akan melihat, kita memohon jika terdapat keperluan di sana,” kata Nanta dalam wawancara program ‘Twenty30’ TVS dihoskan oleh felo kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Jeniri Amir.

Beliau berkata, program sedemikian diperluaskan untuk merangkumi pelbagai kawasan, seperti kepulauan di Sabah dan Semenanjung Malaysia dan juga beberapa kawasan baharu di Sarawak dibandingkan dengan senarai kawasan yang diliputi dahulu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, bebanan harga barangan yang tinggi dialami oleh pengguna di pedalaman dekat di hatinya. “Malah sebelum saya menjadi menteri, saya selalu membangkitkan perkara ini sebagai ‘backbencher’ di Parlimen,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Mac 2021

Suara Sarawak