ARTIKEL

BERCAKAP... Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Sukan kukuh perpaduan rakyat Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg percaya sukan merupakan platform tepat memperkasakan perpaduan rakyat di Malaysia.

“Apabila Datuk Lee Chong Wei bermain badminton, kita tidak menganggapnya sebagai orang Cina atau dari Pulau Pinang, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang berjuang untuk negara.

“Begitu juga dengan Datuk Pandelela Rinong, kita tidak melihatnya sebagai anak Sarawak tetapi kita melihatnya sebagai rakyat Malaysia yang bersaing di pentas antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam Rabu.

Tegasnya, sukan juga menjadi alat ampuh dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat sekali gus menyatupadukan rakyat Malaysia menerusi semangat kesukanan.

Maka sebab itulah katanya, Sarawak bersetuju dipilih selaku tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) XXI bersamaan penganjurannya yang Ke-21.

“Saya ingin berterima kasih kepada Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan kerana telah mencadangkan Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA.

“Saya beritahu Hannah kami bersedia jika diberi peluang untuk memajukan sukan di seluruh Malaysia, justeru kami menerima pelawaannya. Terima kasih banyak atas keyakinan itu,” katanya.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mencadangkan kemungkinan Sarawak bakal menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA.

“Sarawak sanggup menjadi hos bersama dan kami bersedia untuk menganjurkan Sukan SEA dengan apa sahaja sumbangan yang boleh disumbangkan oleh Sarawak.

Mengenai penganjuran SUKMA XXI, beliau berpuas hati dengan liputan yang dilaksanakan secara meluas di seluruh Sarawak.

“Semua acara kami mendapat liputan yang baik, TVS membatalkan semua program kecuali berita untuk memberi tumpuan kepada SUKMA, membolehkan semua orang di Sarawak dan seluruh negara menyaksikan acara itu, memupuk semangat perpaduan,” katanya.

Juateru, beliau berharap SUKMA akan datang akan terus menjadi platform untuk perpaduan dan kerjasama, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga dengan negara jiran seperti Brunei.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU