KUCHING: Bahagian Kuching berjaya meraih pingat emas acara bola sepak pada temasya Sukan Olimpik Khas Sarawak Edisi Ketujuh 2025.
Ia sekali gus mengetepikan dua pencabar utama iaitu Bintulu dan Kota Samarahan yang masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa.
Sementara itu, Bahagian Sibu menduduki tempat keempat untuk acara berkenaan.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam.
Terdahulu beliau mengucap syabas kepada pasukan yang berjaya meraih pingat untuk acara bola sepak.
Mohammad Razi kagum dengan semangat juang dipamer pemain terlibat mewakili pasukan masing-masing.
“Syabas kepada semua pemain kerana berjaya mempamerkan aksi dan semangat juang tinggi pada saingan kali ini,” ujar beliau.


