ARTIKEL

Datuk Seri Abdul Karim (tengah) bersama yang lain mempamerkan logo Sukan Perpaduan 2023. | FOTO MOHD. ZULKARNAIN MANTAIM

Sukan Perpaduan MYSED-KBS landasan terbaik rapatkan silaturahim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sukan Perpaduan 2023 antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) akan berlangsung pada 18 dan 19 November ini.

Program dua hari julung kali diperkenalkan itu membabitkan barisan menteri, pegawai kanan serta kakitangan badan induk sukan peringkat Persekutuan dan Sarawak.

Dengan objektif mewujudkan persefahaman dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat, serta melahirkan kakitangan yang cintakan aktiviti kecergasan kaum.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, beberapa acara sukan dilangsungkan.

“Antaranya pada hari pertama melibatkan sukan golf, tenpin boling, badminton, bola jaring dan boling padang.

“Berbanding hari kedua yang menghimpunkan acara sukan rakyat seperti bola sepak sarung, menyumpit, terompah gergasi, tarik tali, batak lampong dan sukaneka (berhalangan),” ujar beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau percaya adanya program sukan seperti ini secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej kerajaan yang sekata.

Majlis perasmian sukan itu kelak akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hadir sama pada sidang media, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarawak, Lamat Nyalau serta pegawai kedua-kedua jabatan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan