ARTIKEL

Sukan petanque berpotensi di Simunjan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Potensi sukan petanque untuk terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simunjan amat cerah.

Adun Simunjan Awla Dris berkata, ia mengambil kira komitmen ditampilkan masyarakat setempat terutamanya peminat dan penggiat sukan berkenaan dalam menganjurkan program, kejohanan dan sebagainya.

Beliau percaya sukan tersebut mampu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur di kawasan itu.

“Mengambil kira komitmen dilakukan penggiat sukan tersebut di kawasan ini menerusi pertandingan yang dianjurkan, tidak mustahil ia mampu menjadi lubuk dalam melahirkan atlet sukan petanque berbakat pada masa akan datang,” tegas Awla.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Petanque Tertutup Wanita Piala Awla Dris 2023 di Kampung Rangawan, Sadong Jaya semalam.

Awla pada masa sama percaya usaha serta kreativiti mereka dalam menganjurkan pertandingan itu secara tidak langsung dapat menyemai minat dalam kalangan generasi muda terhadap sukan terbabit.

“Di samping berperanan menjadi wadah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara semua pihak,” tambahnya.

Kejohanan yang berlangsung pada 15 dan 16 Mac lalu mendapat sambutan begitu hebat.

Menyaksikan pasukan Aten 1 muncul juara, mengalahkan pasukan Aten 2 selaku naib juara.

Hadi sama, Pengerusi Kelab Sukan Boules Batang Sadong, Tahir Ariffen; Ketua Kaum Kampung Rangawan Tegak Matnor; Timbalan Ketua Cawangan Simunjan Bojeng Ali; Ketua Pergerakan Wanita Cawangan Simunjan Rosita Poni dan Ketua PBB Rangawan Rafendy Ariffen.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium