ARTIKEL

Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien

Sukan rakyat galak gaya hidup sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Pertandingan tarik tali dijangka menjadi antara acara paling mencuri tumpuan dalam Karnival Sukan Rakyat Peringkat Parlimen P.209 Julau yang akan berlangsung pada Mei depan, dengan penyertaan melibatkan komuniti rumah panjang dari daerah Julau dan Pakan.

Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien berkata program sukan rakyat itu membuka peluang kepada pasukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang untuk menguji kekuatan fizikal serta semangat berpasukan menerusi kategori campuran yang menggabungkan peserta lelaki dan wanita dalam satu pasukan.

“Peringkat saringan pertandingan dijadualkan berlangsung pada 16 Mei ini bermula jam 7.00 pagi di dua lokasi berasingan, iaitu Padang MDMJ Julau bagi peserta daerah Julau dan Kompleks Sukan Pakan bagi peserta dari daerah Pakan.

“Sebanyak 16 pasukan terbaik daripada peringkat saringan akan mara ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mei di Padang MDMJ Julau bermula jam 8.00 pagi,” ujarnya.

Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM150 dan perlu terdiri daripada 10 orang peserta, termasuk sembilan pemain utama dan seorang simpanan, dengan komposisi enam lelaki dan sekurang-kurangnya tiga wanita.

Ujar Larry, penganjur turut menetapkan bahawa jumlah keseluruhan berat pasukan tidak boleh melebihi 680 kilogram, selain itu semua peserta perlu melalui proses penimbangan sebelum pertandingan bermula.

“Dari segi peraturan, pertandingan akan dijalankan secara “long pull” dengan format maksimum tiga tarikan, dan pasukan yang memenangi dua tarikan akan dikira sebagai pemenang.

“Peserta juga tidak dibenarkan memakai kasut semasa pertandingan, manakala setiap perlawanan akan dikendalikan oleh tiga pengadil dengan keputusan adalah muktamad,” terang beliau.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Angela di talian 014-688 7828 bagi kawasan Julau atau Kevin Jampang di talian 013-832 6927 bagi kawasan Pakan untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Penganjuran karnival ini diharap dapat mengeratkan hubungan komuniti selain memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU