ARTIKEL

SIMBOLIK... Datuk Francis Harden (tengah) menyalakan obor temasya sukan tahunan sekolah terbabit.

Sukan tahunan sekolah wadah terbaik lahir atlet pelapis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Temasya sukan tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah saban tahun diyakini mampu membina jati diri dalam kalangan murid.

Usaha ke arah itu secara tidak langsung dapat menjadi wadah terbaik dalam melahirkan atlet pelapis berbakat.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata, kejohanan sukan umumnya melibatkan rumah sukan dan aktiviti kokurikulum bagi setiap murid.

“Bermula di peringkat tersebut kita dapat mengenal pasti murid yang berbakat dalam bidang sukan,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SJK (C) Chung Hua Simanggang Edisi Ke-41 2025 di Kompleks Sukan Sri Aman, sebentar tadi.

Beliau yang juga ADUN Simanggang mengakui, penganjuran kejohanan tersebut juga dilihat amat penting.

Ini kerana, sukan sekolah berperanan dalam memberi pendedahan kepada murid atau pelajar untuk bersaing dalam situasi lebih kompetitif.

“Pada dasarnya melalui pendekatan sedemikian, kita berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti serta membina kecergasan mental dan fizikal,” kata beliau.

Terdahulu, beliau memuji usaha pengelolaan kejohanan sukan oleh sekolah berkenaan.

“Kejayaan penganjuran temasya sukan berkenaan merupakan manifestasi yang menjurus kerjasama lebih baik antara pihak pengurusan sekolah tersebut dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Bekas Pelajar SJK (C) Chung Hua Simanggang serta semua pihak yang terlibat.

Pada majlis tersebut, Francis turut mengumumkan geran MRP bagi sekolah terbabit berjumlah RM20,000 bagi kegunaan membiayai penganjuran temasya sukan sekolah pada tahun depan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road