ARTIKEL

TIBA DI THAILAND...Barisan atlet petanque SUKMA Sarawak tiba di Thailand.

SUKMA 2026: Atlet Petanque Asah Taring Di Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tempoh masa yang ada terus digunakan dengan seadanya oleh Persatuan Sukan Boules Negeri Sarawak untuk memantapkan prestasi atlet sedia ada bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Badan induk berkenaan menghantar atlet ke Thailand bagi tujuan menjalani latihan intensif selain menyertai beberapa kejohanan.

PRESIDEN…Datuk Wan Abdillah Edruce.

Presiden Persatuan Sukan Boules Negeri Sarawak, Datuk Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman memberitahu, keputusan menghantar kesemua atlet ke negara jiran itu ialah perancangan awal pihaknya.

Menurut Wan Abdillah, selain bertujuan memantapkan prestasi semasa para atlet. Langkah dilaksanakan ini secara tidak langsung dapat mendedahkan mereka kepada perlawanan kompetitif sebenar.

“Sepanjang dua minggu berada di sana, mereka juga akan menyertai empat kejohanan,” ujar Wan Abdillah kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menambah, pasukan Petanque kali ini diperkuat seramai 14 atlet – tujuh lelaki dan tujuh wanita.

Beliau akui, ilmu yang diperoleh selama berada di Thailand sememangnya amat penting untuk atlet menghadapi temasya dwitahunan negara yang akan berlangsung di Selangor nanti.

“Kita berharap barisan atlet terbabit dapat mengadaptasi segala ilmu yang diperoleh di Thailand pada kejohanan sebenar nanti,” katanya sambil mengakui sasaran pihaknya mahu sekurang-kurangnya beroleh satu pingat emas di temasya Sukma 2026.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha