SELANGOR: Ketua Kontinjen Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu menegaskan, kejayaan atlet taekwondo menyumbang dua pingat emas semalam mampu menjadi pencetus semangat kepada atlet sukan lain untuk meneruskan rentak cemerlang terbabit.
Menurut Gerald, besar harapan pihaknya akan berlaku pertambahan kutipan pingat pada hari ini dan selanjutnya.
“Fokus kita mahu memastikan adanya pertambahan pingat emas hari ini dari semua acara sukan yang disertai.
Terima kasih kepada kem taekwondo dan sukan lain yang saya percaya dalam lamdasan tepat untuk menyumbang pingat.
“Ini lumrah dalam kita bersukan. Hari ini banyak lagi acara yang akan menawarkan pingat emas,” ujar beliau.
Sambil percaya atlet Sarawak yang akan turun bertanding mampu memenangi pingat kelak.
Malam tadi berlangsung Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Dalam pada itu, tumpuan juga pastinya terarah kepada acara olahraga yang membuka saingan hari ini dengan beberapa kategori berpotensi menyumbang pingat untuk Kontinjen Sarawak.


