ARTIKEL

BERUCAP…Datuk Gerald Rentap Jabu.

SUKMA 2026: Sarawak Mahu Kekalkan Gelaran Juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen Sarawak menyasarkan untuk mempertahankan gelaran juara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor.

Persiapan kini memasuki fasa akhir membabitkan kesemua atlet terlibat.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, senarai akhir atlet negeri dijangka dimuktamadkan penghujung bulan ini sebelum persiapan dipergiat menjelang temasya tersebut.

“Semestinya kami mahu menjadi juara sekali lagi,” katanya ketika ditanya harapan bagi kontinjen Sarawak pada temasya SUKMA 2026 pada Majlis Makan Malam Kejohanan Skuasy Beregu Asia Ke-3 2026 di salah sebuah hotel terkemuka, malam tadi.

Beliau mendedahkan kontinjen Sarawak bakal dibarisi seramai 953 atlet yang akan bertanding dalam 37 jenis sukan, sekali gus menjadikan aspek logistik antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi negeri ini.

“Satu isu besar yang perlu kami hadapi ialah kos perjalanan ke Semenanjung Malaysia kelak kerana harga tiket penerbangan meningkat,” katanya.

Gerald turut menyatakan bahawa lokasi pertandingan di seluruh Selangor akan menambah lagi keperluan logistik dalam menguruskan kontinjen yang besar itu,” katanya.

Bagi mengurangkan beban tersebut, beliau berkata perbincangan diadakan berkaitan kemungkinan pengaturan pengangkutan, termasuk potensi kerjasama dengan AirBorneo sebaik sahaja syarikat penerbangan itu memulakan operasinya.

Walaupun berdepan cabaran, Gerald melahirkan keyakinan tahap persiapan Sarawak dan berkata negeri ini kekal fokus untuk memberikan saingan terbaik sepanjang berlangsungnya temasya tersebut.

Beliau menambah, selepas senarai akhir atlet dimuktamadkan, persiapan akan memasuki fasa seterusnya termasuk latihan berpusat dan program pembinaan pasukan.

“Barisan atlet kita jelas bersemangat untuk bertanding dan saya percaya mereka akan melalui detik yang cemerlang,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU