ARTIKEL

PRESIDEN FAS...Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.

SUKMA 2026: Senarai Pemain Skuad Bola Sepak Diumum Bulan Depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Fazzrudin Abdul Rahman menyatakan, senarai muktamad pemain skuad bola sepak untuk beraksi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 akan diumum pada 1 Ogos depan.

Menurut Fazzrudin, himpunan pemain seramai 31 orang yang ada ketika ini masih dalam senarai panjang.

“Untuk senarai muktamad pemain akan diketahui selewat-lewatnya 1 Ogos depan.

“Segalanya terpulang kepada ketua jurulatih, Firdaus Morshidi, kerana beliau yang akan membuat penilaian terakhir prestasi pemain,” ujar Fazzrudin kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya pemain yang akan diberi kepercayaan beraksi di Selangor nanti mampu memberikan aksi terbaik.

Sementara itu, Firdaus memberitahu, beliau masih dalam proses menilai prestasi pemain sedia ada.

“Kita akan memilih 23 pemain sahaja dan senarai muktamad akan diketahui pada 1 Ogos nanti.

“Himpunan pemain itu kelak adunan daripada kem berbeza iaitu skuad Piala Presiden dan Piala Belia,” menurut Firdaus.

Untuk acara bola sepak lelaki, Sarawak diundi berada dalam Kumpulan A bersama dengan Sabah dan Terengganu. Acara bola sepak bermula awal pada 11 Ogos depan.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha