ARTIKEL

RAKAM KENANGAN... Dato' Sri Julaihi Narawi (tengah) merakam gambar bersama pemain pasukan Sukma FC yang berjaya merangkul gelaran juara petang tadi.

Sukma FC rangkul gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Pasukan Sukma FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Sebangan, Piala Dato’ Sri Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi & ADUN Sebuyau) Edisi Ke-27 2025.

Kelab dari Kampung Sebangan menumpaskan Plan DC (1-0) pada aksi final yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Sebangan, Sebuyau petang tadi.

Kejayaan itu membolehkan pasukan Sukma FC membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta piala dan jersi.

Manakala pasukan Plan DC selaku naib juara membawa pulang wang tunai RM3,000 selain piala dan jersi.

Tempat ketiga pula dimiliki pasukan La Masia, membawa pulang wang tunai RM1,500, piala dan jersi selepas menumpaskan juara bertahan musim lalu, Kembara 11 ditempat keempat (3-2) yang turut membawa pulang wang tunai RM750 dan piala.

Sementara itu, Kamarulzaman Hamid (Sukma FC) dipilih sebagai penerima anugerah Pemain Terbaik, manakala Mohd. Tajudin Mohd. Ali (Plan DC) dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Kedua-dua pemain terbabit menerima hadiah disediakan pihak penganjur.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau.

Kejohanan yang bermula pada hari raya keempat itu disertai 32 pasukan, mewakili pelbagai kelab dan kampung-kampung sekitar kawasan DUN Sebuyau, Kota Samarahan dan Kuching.

Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Pegawai Daerah Sebuyau, Luis Andria Ak Barieng serta ketua-ketua masyarakat setempat.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha