ARTIKEL

SEDIA GEMPUR... Barisan pemain skuad futsal lelaki siap sedia untuk turun berentap. - FOTO Ghazali Bujang

SUKMA XXI 2024: Skuad futsal lelaki impi kelompok empat terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad futsal lelaki sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharungi gelora sebenar temasya Sukan Malaysa (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Dengan meletak sasaran untuk berada dalam kelompok empat terbaik atau dengan kata lain mara ke peringkat separuh akhir.

Ketua jurulatih, Mohamad Faizal Zamri menegaskan, pemainnya bagaikan tidak sabar untuk berdepan situasi sebenar terutamanya aksi peringkat kumpulan.

KETUA JURULATIH…Mohd. Faizal Zamri.

“Kita sudah bersedia sepenuhnya untuk temasya kali ini. Sasaran kami cuba layak ke separuh akhir,” ujar Faizal kepada Arena Suara Sarawak.

Faizal akui, barisan kendaliannya tidak terkecuali berdepan tugas mencabar sepanjang saingan kelak.

Apatah lagi mengambil kira pasukan lain yang turut bersedia sepenuhnya menghadapi pertembungan yang dijangka penuh dramatik itu.

Dalam pada itu, Faizal menegaskan, barisan kendaliannya baharu sahaja selesai menyertai Liga Futsal MFL 2024.

Justeru, pengalaman yang diperoleh pemain dalam mengharungi aksi kompetitif (Liga Futsal MFL 2024) akan menjadi penanda aras terbaik serta kelebihan ketika berdepan lawan kelak.

“Diharap pengalaman pemain beraksi di Liga Futsal MFL 2024 akan memberi kelebihan kepada mereka,” tambah Faizal lagi

Acara futsal lelaki akan berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan dan perlawanan bermula pada 13 Ogos ini yang menyaksikan Sarawak akan menentang Perak.

Disusuli perlawanan kedua menentang Pahang pada aksi kedua (14 Ogos) sebelum melengkap aksi peringkat kumpulan menentang Selangor (17 Ogos).

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali