BINTULU: Dua gelanggang utama untuk acara Muay Thai siap sedia menanti atlet seluruh negeri bertanding pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.
Kerja-kerja pemasangan kedua-dua gelanggang terbabit berjalan lancar sepenuhnya.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim memberitahu, beliau berpuas hati dengan persiapan kerja-kerja pemasangan dua gelanggang tersebut.
“Kerja pemasangan gelanggang berjalan lncar dan kita bersedia menanti kedatangan atlet Muay Thai seluruh negara pada temasya kali ini,” ujar Jumaat yang ditemui Arena Suara Sarawak ketika meninjau pemasangan dua gelanggang berkenaan sebentar tadi.
Acara Muay Thai berlangsung di Naim Paragon Street Mall, Bintulu bermula 15 Ogos ini.


