ARTIKEL

MENANG MUDAH… Aksi Emylia Lynn Ghazali Zulfikar pada perlawanan tersebut. - FOTO UKAS

SUKMA XXII 2026: Mia mudah mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Bintang muay thai remaja Sarawak, Emylia Lynn Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir sekali gus memastikan pingat dalam genggamannya.

Beliau menewaskan wakil Perlis, Nur Dhea Salsabila, 36-13 dalam kategori wanita 42-45 kilogram (kg) pada pertarungan di KSL Esplanade Mall, petang tadi.

Pertarungan itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Kontinjen Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari serta kenamaan lain.

Emylia, yang lebih dikenali sebagai Mia, menguasai pungutan mata sepanjang tiga pusingan menerusi serangan tendangan dan tumbukan tepat ke arah lawan.

Sementara itu, Hani Anissa Ismail turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan wakil Terengganu, Siti Najwa Jalil, dalam kategori wanita 54-57kg.

Razie Rafizzie Razali turut melakar kemenangan selepas menewaskan Norhidham Norhisham dari Terengganu dalam kategori lelaki 51-54kg.

Bagaimanapun, empat lagi wakil Sarawak gagal meneruskan kemaraan selepas tersingkir pada pusingan 16 dan suku akhir.

Dalam aksi suku akhir lelaki 67-71kg, Azhad Haziq Syafaat Abdul Khalid tewas kepada wakil Perak, Ho Kar Poh, 8-10.

Muhammad Hakim Abdullah turut tersingkir selepas tewas 11-23 kepada Iswan Danish Iswandy Abdullah dari Melaka dalam kategori 45-48kg.

Muhammad Nur Aiman Kamaruddin pula tewas kepada wakil Pulau Pinang, Muhamad Hakimi Nordin, dalam kategori 57-60kg.

Andieva Scholastica Tan turut terkandas selepas tewas 2-15 kepada wakil tuan rumah, Nur Afifah Zakirah Ahmad Faizal, dalam kategori wanita 51-54kg.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU