SELANGOR: Skuad sepak takraw wanita turut berjaya meraih pingat gangsa selepas menumpaskan tuan rumah, Selangor dengan kemenangan (2-1) menerusi acara berpasukan wanita pada aksi final yang berakhir sebentar tadi.
Meskipun gagal memperoleh mata menerusi regu pertama.
Namun, anak-anak buah Fathan Akhbar berjaya bangkit melakar kemenangan menerusi dua regu berikutnya.
“Syabas dan tahniah kepada pemain, jurulatih dan pegawai
atas kejayaan meraih pingat gangsa.
“Saya begitu kagum dengan semangat juang para pemain.
Walaupun tertekan pada awal saingan, tetapi berjaya bangkit selepas itu,” ujar Penolong Ketua Kontinjen (ACDM), Datuk Ripin Lamat ketika ditemui selesai perlawanan.
Beliau berharap kejayaan beroleh pingat gangsa itu, dapat mencetus semangat kepada pemain lain yang akan turun beraksi dalam kategori berbeza selepas ini.

