ARTIKEL

TERSUNGKUR...Aksi sebahagian pesilat yang berlangsung di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor, Sibu. - FOTO MOHD. ALIF NONI

SUKSAR III: Kedudukan Zon Utara sukar digugat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kedudukan kontinjen Zon Utara (Bintulu, Miri, Limbang) sebagai pendahulu untuk pungutan pingat hari kedua temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 masih sukar digugat tiga pencabar lain.

Kontinjen berkenaan berjaya menggumpul 66 pingat keseluruhan dengan 20 pingat emas dan perak berbanding 26 pingat gangsa sebaik tamat saingan.

Kontinjen Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit) pula berada di kedudukan kedua, menggumpul 16 pingat emas, 18 perak dan 23 pingat gangsa sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 57 pingat.

Kedudukan ketiga kekal untuk kontinjen Zon Selatan (Kuching, Kota Samarahan, Serian) dengan 44 pingat keseluruhan dan menyaksikan juara bertahan 2019 itu menggumpul masing-masing 15 pingat emas dan perak selain 14 gangsa.

Sementara itu, kontinjen Zon Barat kekal kedudukan keempat dengan 18 pingat keseluruhan, menggumpul tiga mas, satu perak dan 14 gangsa.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha