ARTIKEL

GERALD Rentap menyempurnakan simbolik perasmian pembukaan SUKSAR IV 2026 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini, hari ini. Foto. RAMIDI SUBARI

SUKSAR Platform Persiapan Atlet Sarawak Pertahankan Gelaran Juara Keseluruhan SUKMA Di Selangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Sukan Sarawak Edisi Keempat (SUKSAR IV) 2026 disasar menjadi landasan penting dalam persiapan atlet Bumi Kenyalang untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Selangor pada Ogos depan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, penganjuran SUKSAR IV bukan sekadar medan pertandingan peringkat negeri, malah platform strategik bagi membina keyakinan diri, meningkatkan daya saing serta mengumpul pengalaman berharga sebagai persediaan SUKMA.

Menurut beliau, Kerajaan Sarawak meletakkan harapan tinggi agar para atlet memanfaatkan sepenuhnya SUKSAR 2026 untuk membuktikan kemampuan sebenar, memperkukuh keyakinan diri dan menampilkan semangat juang yang tinggi.
“Sasaran kita jelas iaitu mempertahankan kejuaraan keseluruhan SUKMA XXII di Selangor dari 15 hingga 24 Ogos 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan SUKSAR IV 2026 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru para jurulatih dan pegawai sukan agar terus memainkan peranan penting dalam membimbing atlet secara holistik, termasuk dari segi kepimpinan dan pembentukan mentaliti juara.

Sebanyak 105 pingat emas, 105 pingat perak dan 135 pingat gangsa dipertaruhkan, menjadikan temasya ini sebagai medan persaingan yang amat kompetitif dan bermakna.

Esok (Khamis) di Betong akan berlangsung tiga acara yang menawarkan pingat iaitu tae kwan do, angkat berat dan berbasikal perlumbaan jalan raya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road