ARTIKEL

Huang meninjau gelanggang bola keranjang berbumbung

Suntikan dana RM100,000 bina gelanggang bola keranjang berbumbung untuk Kelab Bola Keranjang Repok, Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kemudahan sukan di Sarikei terus mendapat perhatian dengan suntikan dana baharu RM100,000 bagi pembinaan gelanggang bola keranjang berbumbung untuk Kelab Bola Keranjang Repok.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii, Berkata, peruntukan ini disalurkan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Ini jelas menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan infrastruktur sukan di kawasan luar bandar dan pembangunan sukan kekal menjadi keutamaan dalam memperkasakan komuniti setempat.

“Dengan kemudahan lebih baik, ramai belia boleh aktif bersukan sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya saing mereka dalam bidang ini,” katanya semasa lawatan tapak RTP Gelanggang Bola Keranjang Kelab Bola Keranjang Repok, pada Rabu (13 April).

Menurut beliau, sukan bukan sekadar aktiviti riadah tetapi juga satu platform penting dalam membentuk sahsiah belia serta membuka peluang kepada mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Tahun lalu, RTP memperuntukkan RM500,000 bagi menaik taraf kemudahan sedia ada di kelab tersebut.

“Ini termasuk pembinaan tempat duduk penonton, tandas, bilik stor, penurapan semula lantai konkrit, dan pelbagai penambahbaikan lain,” ujarnya.

Kini, dengan tambahan dana daripada Huang, projek pembinaan gelanggang berbumbung ini hampir mencapai tahap kesempurnaan.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha