ARTIKEL

BERCAKAP...Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Milton Foo Tiang Wee. GAMBAR: RAMIDI SUBARI

SUPP bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri kesan keberadaan Ellen Ng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia Pejabat Wilayah Sarawak dalam usaha mengesan keberadaan sebenar Ellen Ng Mui Ngo, 34.

Ketua Biro Pengaduan Awam SUPP, Milton Foo Tiang Wee, berkata setakat ini pihak berkenaan sedang berbincang dengan kedutaan Malaysia di luar negara susulan mangsa difahamkan telah berlepas ke luar negara.

“Pihak konsulat jeneral bekerja mengikut protokol. Hanya Kementerian Luar Negeri mempunyai kuasa atau bidang kuasa untuk menghubungi mereka.

“Prosedurnya adalah Pejabat Kementerian Luar Negeri Sarawak akan menghubungi konsulat atau kedutaan Malaysia di luar negara, kemudian mereka akan meminta bantuan pihak polis tempatan untuk mengesan individu ini bagi mengetahui sama ada terdapat sebarang rekod Imigresen atau Kastam,” katanya pada sidang media mengenai kes berkenaan di Bangunan SUPP Cawangan Sarawak, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menggesa agar maklumat mengenai keberadaan terakhir mangsa, khususnya di lapangan terbang, dapat dikesan lebih awal oleh pihak berkuasa.

“Sekurang-kurangnya, kita perlu mengetahui pintu masuk atau keluar kerana setakat ini ahli keluarganya langsung tidak tahu apa yang perlu dilakukan setelah dua bulan tanpa berita.

“Mulai sekarang, saya akan mengikuti kes ini dengan rapat dan sedaya upaya untuk mencari mangsa, sama ada di Hong Kong atau di negara lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyeru orang ramai supaya lebih berwaspada, khususnya dalam urusan perjalanan ke luar negara.

“Saya telah mengingatkan perkara ini sejak tiga tahun lalu. Saya tidak mahu sesiapa ke luar negara kemudian pihak kita terpaksa mencari mereka untuk dibawa pulang semula ke sini.
“Saya juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati terhadap kes pemerdagangan manusia, tawaran kerja bergaji tinggi, penipuan pekerjaan dan sebagainya.

“Risikonya amat tinggi dan tidak berbaloi untuk diambil,” ujarnya.

Mangsa dilaporkan hilang sejak November lalu selepas berangkat ke luar negara.

Hubungan terakhir mangsa dengan ahli keluarganya adalah pada 14 November lalu apabila beliau memaklumkan berada dalam keadaan selamat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road