KUCHING: Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri kepada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak menulis surat terbuka buat warga Sarawak.
Beliau meminta rakyat tidak mempercayai khabar angin yang beredar di media sosial yang mencemarkan nama baiknya.
Menerusi surat tersebut, beliau menegaskan bimbang akan kesihatan suaminya, Tun Taib. Beliau meminta andaian negatif terhadapnya dihentikan kerana fokus utamanya sekarang ialah menjaga kesejahteraan suami.
Beliau mengaku tidak meninggalkan negara ini dan sedia meneruskan kerja amal untuk rakyat Sarawak selepas Tun Taib pulih. Beliau memohon warga Sarawak bersama-sama mendoakan kesihatan Tun Taib.



