ARTIKEL

TAHAN… Seorang suri rumah ditahan polis kerana memiliki dadah jenis syabu, kelmarin.

Suri rumah ditahan miliki 0.45 gram syabu di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang suri rumah ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 0.45 gram dalam serbuan di Jalan Mukah-Balingian, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, wanita warga tempatan, 49, itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah kira-kira 1 tengah hari.

Menurutnya, serbuan dilakukan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Mukah-Balingian berdasarkan maklumat yang diterima pihak polis.

TAHAN… Seorang suri rumah ditahan polis kerana memiliki dadah jenis syabu, kelmarin.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu keratan tiub straw lut sinar yang mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dalam simpanan suspek.

“Anggaran berat kasar dadah yang dirampas ialah 0.45 gram,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jelasnya, suspek bersama dengan barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati wanita berkenaan negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah tanpa kebenaran yang sah.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Suspek direman selama tiga hari sehingga 28 Ogos ini bagi melengkapkan siasatan.

Dalam pada itu, Polis Daerah Mukah akan terus mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan dadah boleh menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah di 084-871222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira