ARTIKEL

Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting direman empat hari bermula hari ini.

Suspek Kes Tikam Sekolah Banting Direman Empat Hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LANGAT: Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 10 Julai dikeluarkan terhadap suspek berusia 15 tahun itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok, di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi menerusi pesanan whatsapp.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S. Vijeswari Devi mewakili suspek pada hari ini turut mengesahkan anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme.

Terdahulu, suspek berusia 15 tahun tiba di Mahkamah Telok Datok dengan menaiki trak polis pada kira-kira 8.08 pagi tadi sebelum dilihat keluar pada sekitar 9 pagi tadi.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting telah ditahan pihak polis.

JPN Selangor turut memaklumkan pelajar perempuan yang cedera sedang diberikan rawatan di Hospital Banting.

Bapanya ketika ditemui memaklumkan anaknya berusia 15 tahun cedera di bahagian paru-paru selain turut mengalami 16 luka tikaman. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU