ARTIKEL

Suspek maut terkena tembakan di paha, perut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Punca kematian suspek kes tembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Tiga, di sini Rabu lalu adalah disebabkan oleh kecederaan tembakan.

Bercakap pada sidang media Op PRN-12 di IPK Sarawak, di sini hari ini, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata hasil laporan bedah siasat mendapati ia disebabkan tembakan yang terkena pada bahagian paha dan perut.

Justeru katanya, jenazah suspek telah diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Ditanya adakah suspek berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, Aidi berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas suspek.

“Namun kita dapati suspek bukan individu yang dikehendaki walaupun mempunyai 14 rekod jenayah lampau,” tambahnya.

Sementara katanya, lima anggota polis trafik yang terbabit dalam kes tersebut telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran untuk melancarkan siasatan lanjut.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam, lima anggota polis trafik IPD Kuching sedang menjalankan tugas rondaan di Jalan Wan Alwi dan telah terserempak dengan suspek, yang memandu Proton Saga dalam keadaan mencurigakan.

Pasukan polis trafik terbabit telah mengarahkan suspek berhenti untuk diperiksa namun suspek memecut kenderaannya dan cuba melarikan diri dan telah melanggar lima buah kenderaan awam apabila sampai di persimpangan lampu isyarat di Jalan Simpang Tiga.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,