ARTIKEL

S’wak United turun padang pada 4 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

 

SKUAD Sarawak United FC (SUFC) akan membuka tirai saignant Liga M3 2023, menentang hari ini Selangor FT pada 4 Mac ini.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, jam 8:45 malam.

Kemudiannya disusuli perlawanan menentang Bukit Tambun FC di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 12 Mac jam 4:45 petang.

Mereka akan menanti kunjungan Malaysian University FC bagi perlawanan ketiga di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 18 Mac, jam 4:15 petang.

Liga M3 2023 disertai 14 pasukan iaitu PIB Shah Alam FC, Armed Forces FC, Malaysia University FC, Bukit Tambun FC, Kuala Kangsar BRM FC, Melaka FC dan Manjung City FC.

Turut serta ialah Harini Selangor FT, Perlis United FC, Kuala Lumpur Rover FC, Naga Ultimate KS FC, Imigresen FC, SAIN FC dan Sarawak Unuted FC.

SUFC yang beraksi dalam Liga Super 2022 hilang kelayakan setelah gagal menepati peraturan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Turut tidak layak ialah pasukan Melaka FC.

Yang pasti, pasukan SUFC musim ini, tiada kaitan dengan pengurusan baharu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang diterajui Abang Zulkarnain Abang Abdurahman.

FAS hanya fokus terhadap program pembangunan dan pertandingan di peringkat bahagian di seluruh Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU