ARTIKEL

Niklas (tiga dari kiri) merakam kenangan bersama Abang Johari dan yang lain dalam kunjungan hormat tersebut. (FOTO: UKAS)

Sweden perluas kerjasama industri hijau di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah syarikat dari Sweden menyatakan kesediaan untuk mengembangkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam pembangunan industri hijau di wilayah ini.

Niklas ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari, hari ini. (FOTO: UKAS)

Duta Besar Sweden ke Malaysia, Niklas Wiberg berkata, potensi kerjasama dengan Sarawak dibincangkan memandangkan lebih 100 syarikat Sweden telah beroperasi di Malaysia.

“Kami mempunyai lebih 100 syarikat Sweden di Malaysia, antaranya ABB, SKF, Volvo Trucks, Ericsson, Scania, Alfa Laval dan Atlas Copco.

“Kesemua syarikat ini mempunyai satu persamaan – mereka banyak melabur dalam peralihan kepada tenaga hijau. Mereka juga bersedia untuk bekerjasama dan memperluaskan lagi pelaburan, sekali gus mengeratkan hubungan dengan Sarawak.

“Oleh itu, kami ingin mempercepatkan kerjasama ini dan meneruskan projek bersama Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, Niklas turut berkongsi beberapa perkara yang dibincangkan bersama Abang Johari, antaranya pembangunan tenaga daripada sisa dan biojisim.

Katanya, mereka turut membincangkan penerokaan industri hidrogen, yang disifatkan sebagai isu penting di rantau ini.

Tambah beliau, adalah penting untuk melibatkan Sarawak dalam perbincangan ini bagi mengenal pasti potensi kerjasama serta menghubungkannya dengan kepakaran yang dimiliki, khususnya dalam kalangan komuniti perniagaan di Sweden.

Terdahulu, Abang Johari turut menerima dua kunjungan hormat daripada Pengarah Perbankan Sarawak Affin Bank Berhad, Victor Liew, dan Majlis Bandaraya Miri yang diketuai Datuk Bandar, Adam Yii Siew Sang.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan