KUCHING: Wakil badminton tuan rumah temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2025, Syafiq Phua Fadhlee Phua menggungguli dua kategori iaitu perseorangan dan beregu campuran dengan melayakkan diri ke peringkat final.
Memulakan aksi perseorangan lelaki menewaskan wakil Wilayah Persekutuan, Aravindakumara Rajamurthi, Syafiq menerusi perlawanan tiga set.
Syafiq menang set pertama 21-14 namun Aravindakumara bangkit di set kedua 21-16 sebelum Syafiq merampas kembali set ketiga dengan kemenangan 21-17.
Sementara kategori beregu campuran menyaksikan Syafiq dan Maggie Paya Udau sekadar berpuas hati meraih pingat perak selepas tewas di tangan gandingan Sabah, Hairul Hakimi M Jaeri dan Trisya Rafael.
Perlawanan berlangsung dua set dengan keputusan 21-8, 21-19.
Terdahulu, aksi final dimulai dengan pertembungan kategori perseorangan wanita dari Sabah, Trisya Rafael menentang wakil dari Perak, Nur Atifah Mohamad Rezoan.
Trisha berjaya merangkul juara dengan menewaskan Nur Atirah secara straight set 21-15, 21-7.
Sementara itu, beregu wanita diungguli wakil Pulau Pinang, Dymphna Simon dan Teoh Chia Ling menewaskan wakil dari Perak, Nur Atifah Mohamad Rezoan dan Nur Shafikah Shahrizan dengan mata 21-5, 21-14.
Hairul Hakimi M Jaeri dan Hazmi Azis Shamsi selaku wakil Sabah sekali lagi menghadiahkan pingat emas kepada Sabah dengan menewaskan beregu lelaki Terengganu, Khalid Ibni Walid Nasir dan Syed Muhammad Abdarra Iq Mohd Surki.
Gandingan Sabah itu memenangi perlawanan dengan keputusan 21-13, 21-15.

