ARTIKEL

Gambar hiasan

Syarikat Multinational didenda RM10,000 kerana stor penyimpanan tiada Perakuan Bomba.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah syarikat multinational dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana stor penyimpanan barangnya tidak memiliki Perakuan Bomba.

Pengurus cawangan yang mewakili syarikat itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, pada 22 Oktober lalu, syarikat tersebut adalah sebuah premis yang ditetapkan sebagai tafsiran jadual Premis Ditetapkan dalam Perintah Perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) 1998 [P.U (A) 289/2020].

Namun, syarikat berkenaan didapati gagal memiliki Perakuan Bomba yang berkuatkuasa mengikut Seksyen 28 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

Oleh itu, syarikat terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 33 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, premis yang digunakan syarikat tersebut dikategorikan sebagai storan dan beroperasi di Piasau, Miri tidak memiliki Perakuan Bomba.

Surat peringatan bagi tujuan Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 – Bahagian V: Perakuan Bomba telah diserahkan kepada premis pada 23 Jun 2025 bagi melakukan permohonan dan tempoh turut diberikan.

Namun, sehingga tamat tempoh, tiada permohonan dilakukan dan premis tersebut dianggap tidak memiliki Perakuan Bomba.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JBPM Penguasa Kanan Bomba II Awangku Mohd Hazmin dan siasatan kes dilakukan oleh Timbalan Penguasa Bomba II Zakaria Aini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat