KOTA SAMARAHAN: Musibah menimpa ketua jurulatih Akademi Bola Sepak Young Boys Samarahan (SYFA), Kamaluddin Taha, yang terlibat dalam kemalangan kendiri baru-baru ini, mendapat perhatian.
Barisan Exco SYFA antara yang terdahulu tampil menyalurkan bantuan kepada pengemudi berpengalaman badan induk berkenaan.
Presiden SYFA, Ramelan Jamer, menyatakan pihaknya bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas Kamaluddin Taha.
“Kita turut bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas beliau (Kamaluddin Taha).
Sebagai badan induk, adalah menjadi kewajipan kami untuk tampil menyalurkan bantuan,” ujar Ramelan.
Sambil menyifatkan sumbangan yang disalurkan ini diharap dapat meringankan beban Kamaluddin Taha.
Beliau turut menambah bahawa baru-baru ini, Kamaluddin Taha terlibat dalam kemalangan kendiri bersama salah seorang anak beliau.
Bagaimanapun, kedua-duanya hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.


