ARTIKEL

Taekwondo Malaysia anjur lima kejohanan Asia di Sarawak pada 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Taekwondo Malaysia (TM) hari ini mengumumkan Sarawak bakal menjadi tuan rumah bagi lima kejohanan taekwondo peringkat Asia yang akan berlangsung pada 25 hingga 31 Julai tahun ini.

TM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lima kejohanan Asia berkenaan ialah Kejohanan Taekwondo Kyorugi Remaja, Kejohanan Poomsae Remaja, Kejohanan Kyorugi Kadet, Kejohanan Poomsae Kadet, dan Kejohanan Taekwondo Para.

“Kejohanan ini akan menjadi platform utama untuk Malaysia muncul sebagai peneraju dalam menganjurkan kejohanan taekwondo bertaraf dunia, pada masa sama meningkatkan kemahiran atlet kita dan mempersiapkan mereka kepada pertandingan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, TM turut mengalu-alukan semua organisasi sukan itu untuk menyertai badan induk yang sah bagi memastikan pengiktirafan rasmi serta mengelak sebarang cabaran undang-undang.

TM pada hari ini telah mengesahkan kedudukannya sebagai badan pentadbir tunggal sistem Taekwondo Dunia (WT) di Malaysia yang diberikan kepercayaan mewakili Malaysia dalam pertandingan WT di seluruh dunia.

“Susulan perkembangan itu, TM telah menjalankan satu sesi penilaian semula yang komprehensif dan sesi pengenalan untuk atlet dan pegawai dari Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) dan Kukkiwon Malaysia hari ini.

“Proses ini menandakan satu langkah penting dalam komitmen kami terhadap inklusiviti dan kerjasama kerana kami secara rasmi menyambut mereka ke dalam TM.

“Kami mengajak semua organisasi taekwondo untuk bergabung dalam menyatukan visi yang sama, layak ke Sukan OIimpik 2028, dan meraih pingat Olimpik menjelang 2032,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA 

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,