ARTIKEL

Taib bangga Kerajaan Sarawak teroka ekonomi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berbangga dengan Kerajaan Sarawak kerana meneroka ekonomi baharu.

Menurutnya strategi berkenaan mampu meningkatkan ekonomi dan hasil Sarawak.

“Syabas kepada Kerajaan Sarawak kerana ekonomi baharu berasaskan teknologi hijau telah menarik banyak pelaburan ke Sarawak.

“Usaha ini membantu menjaga dan memelihara alam sekitar,” katanya dalam ucapan ketika menyempurnakan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Pada masa sama, Taib juga menyambut baik usaha Kerajaan Sarawak meningkatkan penyelidikan dan pembangunan ke atas sumber asli.

Katanya perniagaan karbon dan penyelidikan oleh Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) telah menghasilkan sumber ekonomi baharu yang akan menggandakan bukan sahaja pendapatan Sarawak tetapi bakat anak-anak Sarawak khusus dalam bidang perkhidmatan dan kesihatan.

Selain itu, beliau turut mengalu-alukan usaha Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan pengeluaran makanan tempatan.

“Saya yakin usaha ini akan menjadikan Sarawak pengeksport makanan utama.

“Ia juga dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan petani,” katanya.

Justeru, Taib yakin amalan ekonomi terbuka oleh Kerajaan Sarawak akan mewujudkan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan berkualiti.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat terutama golongan muda untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran.

“Ini penting untuk meningkat daya saing kita merebut peluang ini.

“Ia juga penting bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Taib berkata usaha Kerajaan Sarawak menubuhkan sekolah antarabangsa, universiti dan institusi kemahiran juga akan mampu menghasilkan modal insan Sarawak yang berkualiti khususnya kepada generasi muda.

Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hadir bagi menyempurnakan pembukaan persidangan DUN Sarawak, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU