ARTIKEL

Talib Zulpilip turun padang tinjau projek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip turun padang meninjau sendiri projek rakyat yang diluluskan pembinaannya oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Jepak, hari ini.

Projek rakyat ini melibatkan bina baharu penghadang atau tembok penahan tanah runtuh bernilai RM1.6 juta bagi Rumah Layuh Anak Muyang, Jalan Ulu- Sebauh, projek bina baharu penghadang tanah runtuh dan sistem perparitan bernilai RM96,000.00 bagi Rumah Muhan Anak Sawang selain meninjau masalah tanah mendap yang hampir memusnahkan sebuah kediaman di Kampung Baru.

Beliau yang juga Adun Jepak turut meluangkan masa meninjau perkembangan projek pembinaan Pan Borneo Jalan Bintulu melibatkan Simpang Samarakan dan Sungai Mas.

Talib berkata pendekatan turun padang sudah menjadi amalannya sejak dipilih menjadi wakil rakyat di DUN Jepak lima penggal lalu.

Menurutnya, dengan turun padang, ia memberi peluang kepada beliau untuk melihat sendiri perkembangan projek yang telah diluluskan.

Selain itu, katanya, pendekatan itu juga dapat merapati serta mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi.

Baca lain  SFC tangkap Bujang Satok

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU