ARTIKEL

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini. 

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, masalah kekurangan guru sentiasa berulang setiap tahun berikutan persaraan, guru berhenti dan pertukaran ke tempat yang lain.

Sehubungan itu, beliau memohon supaya guru-guru lebih lagi di IPG Sarawak ditambah, begitu juga dengan pengambilan guru kerana ia di bawah bidang Suruhanjaya Pendidikan.

“Kita juga meminta mereka untuk memberi peruntukkan yang lebih baik untuk Sarawak supaaya guru-guru dapat ditempatkan di sini untuk memenuhi kekosongan yang ada,” katanya ditemui media selepas menyempurnakan Mathematics Pedagogical Learning Understanding and Support (Maths PLUS) di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kunjungan hormat kementeriannya kepada Menteri Pendidikan Fadlina Sidek di Putrajaya, baru-baru ini.

Selain kekosongan jawatan guru, Sagah berkata, kementeriannya turut membangkitkan kekosongan jawatan guru besar, pengetua dan pegawai pendidikan daerah membabitkan beberapa buah sekolah kepada Fadlina. 

“Kita bangkitkan perkara itu kerana di beberapa tempat mereka memangku jawatan tersebut sehingga berpencen, tidak disahkan jawatan,” katanya.

Beliau berkata, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad akan membuat tindakan susulan berhubung perkara tersebut.

Tambahnya, penting bagi kedua-dua kementerian mempunyai hubungan yang rapat bagi memudahkan urusan penempatan guru di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU