ARTIKEL

Dua tapak pelupusan sampah baharu dibuka khas pasca banjir di Bintulu.

Tapak khas pelupusan sampah baharu di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah membuka dua tapak pelupusan sampah untuk membantu penduduk yang terjejas oleh bencana banjir dalam membuang sisa sampah dengan lebih teratur.

Menurut kenyataan BDA, langkah ini diambil bagi memastikan kawasan sekitar kekal bersih dan selamat, serta mengelakkan risiko penyebaran penyakit pasca banjir.

Tapak pelupusan sampah di Kuala Segan disediakan khusus untuk menerima sampah pukal seperti perabot dan tilam.

Tapak ini beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 7 malam setiap hari dan akan dibuka sehingga 14 Februari ini.

Bagi sampah domestik seperti sisa makanan, kadbod, dan kertas, penduduk boleh menggunakan tapak pelupusan sampah di Kidurong, yang beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Penduduk yang memerlukan bantuan penghantaran sampah boleh menghubungi Gan Chung Yuek di talian 019-8455881 atau Yusri Joll di 013-8392122.

BDA juga mengingatkan penduduk agar membuang sampah mengikut jenis dan lokasi yang telah ditetapkan.

“Pelupusan sampah secara teratur ini adalah usaha berterusan untuk menjaga kebersihan persekitaran serta mencegah penyebaran penyakit selepas banjir,” tambah kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU