ARTIKEL

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Tarikh pembubaran DUN Melaka masih belum dimuktamadkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) masih belum dimuktamadkan kerana beberapa urusan pentadbiran kerajaan negeri perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjelaskan bahawa beliau memberikan bayangan pembubaran berkenaan berkemungkinan berlaku pada mana-mana hari Jumaat memandangkan masih banyak perkara pentadbiran yang sedang diuruskan.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, pengumuman rasmi akan dibuat kepada pihak media dan rakyat sebaik-baik sahaja tarikh yang sesuai diputuskan.

Kenyataan itu sekali gus menolak dakwaan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berhubung kononnya Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam telah menandatangani dokumen pembubaran bersama beliau di Ayer Keroh.

Untuk rekod, DUN Melaka mempunyai 28 kerusi keseluruhan dan mandat kerajaan negeri sedia ada dijadualkan berakhir pada 31 Disember ini.

BERITA LAIN

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu

BERITA TERBARU

Teknologi rapat jurang kaunseling

DUNIA sedang berubah. Cara manusia bekerja, berkomunikasi dan mendapatkan maklumat turut berubah. Tanpa kita sedari, cara manusia mendapatkan sokongan emosi juga sedang berubah. Telefon pintar,

BICARA KEINFASAN

Kini manusia kian kehilangan adab tenggelam dalam kezaliman masing-masing mindas sesama insan. Ke manakah hilangnya perikemanusiaan? sehingga tergamak memusnahkan kehidupan nyawa yang berharga. Kini terkulai