ARTIKEL

Abg. Mohd. Shibli merakam gambar kenangan bersama-sama penerima pada Majlis Penyerahan Bantuan Makanan TBS kepada empat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sini, hari ini.

TBS perkenal pek makanan sedia dimakan, bantu ringankan beban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) terus melangkah ke hadapan dalam menyalurkan bantuan dengan memperkenalkan inovasi pek makanan sedia untuk dimakan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Menurut Pengurus Besar TBS, Datuk Abg. Mohd. Shibli Abg. Mohd Nailie, antara lain tujuan ia diperkenalkan adalah bagi membantu masyarakat yang terjejas dari segi keperluan makanan asas akibat hilang punca pendapatan.

“Ini merupakan satu detik bersejarah untuk kita kerana memperkenalkan kaedah baharu pengagihan bantuan, iaitu makanan sedia untuk dimakan yang boleh dimakan terus dalam pelbagai cara.

“Kita perkenalkan cara ini kerana ia lebih cepat dan mudah berbanding menghantar beras, mihun dan sebagainya yang masih perlu dimasak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Makanan TBS kepada empat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sini, hari ini.

“Sebagai permulaan dan peringkat awal, kita bermula daripada peringkat IPT dengan mengagihkan sebanyak 2,500 pek kepada yang telah dikenal pasti iaitu UNIMAS, UITM, Politeknik Kuching dan Kolej Universiti ICATS.

“Dalam pada itu, pengagihan ini adalah projek perintis kita. Selepas ini, kita akan mendapatkan maklum balas daripada mereka mengenainya ntuk tujuan tambah baik dan memperbaiki segala kekurangan,” jelasnya.

Mengulas lanjut ujarnya, selepas ini program tersebut akan dikembangkan kepada mangsa bencana seperti banjir dan kebakaran yang tiada kemudahan memasak, sebelum diperkenalkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

Pek makanan tersebut amat mudah disediakan kerana hanya perlu direndamkan di dalam air panas selama lima minit dan kemudian hidangan yang panas tersebut terus dapat dimakan.

LAIN-LAIN BERITA

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

Heret Bozz Jebat ke muka pengadilan dengan segera

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Idris Buang menyeru pihak polis agar Bozz Jebat segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya. Tegas

BERITA TERBARU