ARTIKEL

Tebingan Kuching kekal bersih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama menjaga kebersihan Tebingan Kuching yang menjadi kebanggaan warga bandar raya, khususnya sepanjang sambutan ambang Tahun Baharu 2026.

DBKU turut menzahirkan penghargaan kepada petugas kebersihan yang saban tahun tanpa jemu menjalankan tugas memastikan tahap kebersihan mercu tanda utama Sarawak itu sentiasa terpelihara.

DBKU mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat serta berharap sikap bertanggungjawab ini terus diamalkan dalam apa-apa jua aktiviti atau penganjuran acara pada masa hadapan.

Semoga amalan menjaga kebersihan ini dapat diteruskan bagi memastikan bandar raya Kuching kekal cantik, bersih, selamat, pintar dan lestari.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU