ARTIKEL

Teka-teki nikah Saddiq, Bella akhirnya terjawab

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEKA-TEKI mengenai tarikh pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan.

Pengumuman hari bahagia itu dibuat ketika pasangan berkenaan tampil dalam program hiburan tempatan, sekali gus menamatkan penantian peminat yang sebelum ini tertanya-tanya mengenai tarikh pernikahan mereka.

Lebih istimewa, majlis akad nikah pasangan itu dijadualkan berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur dengan mengetengahkan konsep serba putih yang disulami elemen Arab-Islamik.

Syed Saddiq dan Bella turut merancang mengadakan majlis persandingan pada bulan yang sama di beberapa lokasi, termasuk Kuala Lumpur, Muar dan Sabah bagi meraikan hari bahagia mereka bersama-sama keluarga serta kenalan.

Pemilihan Menara Merdeka 118 sebagai lokasi akad nikah turut memberikan keistimewaan tersendiri kepada pasangan berkenaan.

Syed Saddiq sebelum ini turut berkongsi berita gembira mengenai perancangan perkahwinan mereka menerusi media sosial, sekali gus menarik perhatian pengikut dan peminat.

Pengumuman tersebut dihujani ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan selebriti yang mendoakan agar segala urusan pasangan berkenaan menuju hari bahagia dipermudahkan.

Pasangan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas Syed Saddiq melamar Bella dalam suasana istimewa di puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Kini, dengan tarikh dan beberapa perincian majlis sudah diumumkan, peminat hanya menantikan detik Syed Saddiq dan Bella bergelar suami isteri pada Oktober depan.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira