ARTIKEL

Iskandar mencacak bendera Jalur Gemilang di perkarangan Wisma Kontena Bintulu Port simbolik menyemarakkan kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

Tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ angkat semangat inklusif dan perpaduan – Iskandar Turkee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni bukan sekadar tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, tetapi cerminan tekad Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak untuk memastikan setiap lapisan rakyat menikmati pembangunan tanpa ada yang terpinggir.

ADUN Jepak Iskandar Turkee berkata, konsep MADANI yang berpaksikan pemikiran progresif, integrasi sosial menghormati kepelbagaian dan pembangunan ekonomi inklusif selaras dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030.

Iskandar merakam gambar bersama peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di perkarangan Wisma Kontena Bintulu Port.

“Rakyat Disantuni bermaksud tiada komuniti yang dibiarkan ketinggalan.

Bagi Sarawak, ia juga menjamin hak autonomi negeri terpelihara sambil meningkatkan kualiti hidup rakyat di semua peringkat,” katanya.

Sri Kestury menyampaikan cenderamata kepada Iskandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 di perkarangan Wisma Kontena Bintulu Port di sini, pada Jumaat.

Tegas beliau lagi, kerjasama erat antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan telah menghasilkan pelbagai inisiatif strategik, termasuk bantuan khas komuniti pedalaman, pendidikan berkualiti dengan infrastruktur moden, dan sistem kesihatan yang menyeluruh sehingga ke kawasan terpencil.

Iskandar bersama kenamaan lain mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena program KMJG 2025 di perkarangan Wisma Kontena Bintulu Port pada Jumaat.

Iskandar turut mengajak rakyat Sarawak, khususnya, menyokong kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol kecintaan dan kesetiaan kepada tanah air.

“Dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, kita bukan sahaja memeriahkan suasana Hari Kebangsaan, tetapi memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia serta melambangkan semangat kebangsaan yang menghargai kemerdekaan negara,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap individu perlu menjadi benteng patriotik yang kukuh demi memelihara keamanan dan keharmonian negara, agar warisan berharga ini dapat diwarisi generasi akan datang.

Iskandar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program, termasuk Bintulu Port Holdings Berhad, agensi kerajaan, dan sukarelawan yang menyumbang tenaga serta idea dalam memastikan kejayaan penganjuran kali ini.

“Usaha murni ini bukan sahaja memastikan kelancaran program, malah menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Bintulu Port menjadi lokasi persinggahan kesembilan konvoi KMJG 2025 yang diketuai Timbalan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak, Sri Kestury Mohammed Zamhari, selepas menjelajah Lawas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU