ARTIKEL

Tempahan HONOR X9b 5G dibuka 27 Oktober ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Telefon pintar HONOR X9b 5G yang digelar sebagai ‘Tahan Lasak Semua Sudut’ dilancarkan secara rasminya pada 1 November ini. HONOR sebelum ini memperlihatkan ketahanannya pada umum dengan menguji HONOR X9b menerusi tembakan bebola cat, membuktikan ketahanan yang diperlukan dalam sesebuah telefon pintar.

“Hasil kajian dan pembangunan bertahuntahun, HONOR X9b 5G mencipta kejayaan dalam industri apabila menjadi telefon pintar pertama di dunia yang mendapat pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut daripada SGS Switzerland. “Pencapaian pertama ini membuktikan komitmen HONOR menghasilkan peranti berkualiti dan melepasi semua cabaran,” kata HONOR Malaysia dalam satu kenyataan.

HONOR turut menjadi yang pertama dalam industri, menawarkan jaminan penggantikan retak depan dan belakang selama 365 hari bagi setiap pembelian HONOR X9b 5G. Tempoh ini diberikan dua kali ganda lebih lama berbanding pendahulunya HONOR X9a, dengan perlindungan bahagian depan dan belakang.

“Langkah berani ini membuktikan HONOR menunaikan janjinya dengan menawarkan khidmat selepas jualan terbaik untuk pelanggannya di seluruh negara,” katanya.

Bermula pada 27 hingga 31 Oktober, tempahan HONOR X9b mula dibuka dengan wang pendahuluan serendah RM9. Di samping itu, pelanggan secara automatik layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang untuk menang wang tunai sehingga RM1,500.

“Selain itu, pelanggan awal juga menerima hadiah percuma yang terdiri daripada penggantian retak depan dan belakang 365 hari, HONOR Choice Moecen Band dan HONOR Choice Earbuds X5,” kata kenyataan itu.

Pelancaran rasmi HONOR X9b disiarkan secara langsung pada 1 November ini, bermula 7 petang di Facebook rasmi HONOR Malaysia. Untuk maklumat lanjut berkaitan HONOR X9b, sila layari laman https://bit.ly/ HONORX9bPR .

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU