ARTIKEL

Hazland bercakap kepada media dalam sidang media selepas taklimat bersama DNV.

Tenaga boleh diperbaharui bantu Sarawak hadapi krisis global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha Sarawak membangunkan tenaga boleh diperbaharui sejak beberapa tahun lalu sedikit sebanyak mengurangkan impak krisis tenaga global susulan konflik Iran–Israel–Amerika.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, berkata banyak negara di rantau Asia Pasifik kini berdepan kekurangan tenaga sehingga terpaksa melaksanakan langkah penjimatan elektrik dan pencatuan tenaga.

“Pada masa ini, negara-negara yang tidak mempunyai tenaga hijau seperti Bangkok di Thailand, Vietnam dan Filipina masih banyak bergantung kepada tenaga diesel.

Mereka menggunakan diesel dalam jumlah yang sangat tinggi.

“Saya sendiri baru pulang dari Bangkok minggu lepas.

Apabila saya tiba di sana, keadaan sangat gelap.

Banyak bangunan tidak menyalakan lampu dan lampu jalan juga tidak dinyalakan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat bersama Det Norske Veritas (DNV) di Bangunan Baitulmakmur 1, di sini hari ini.

Ujarnya, kebanyakan negara mahu menjimatkan tenaga dan mengurangkan penggunaan diesel untuk menjana elektrik.

“Keadaan itu sebenarnya sudah menjadi satu bentuk pencatuan tenaga kerana mereka terpaksa menutup sebahagian bekalan elektrik.

“Lebih 20 hingga 45 peratus tenaga mereka masih bergantung kepada diesel, bahan api fosil atau LNG,” ujarnya.

Beliau berkata, antara faktor utama yang membantu Sarawak menghadapi situasi tersebut ialah kebergantungan tinggi negeri ini terhadap tenaga hidro.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan