KUCHING: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mencemar duli ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, di sini.
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal sekitar jam 9.30 pagi disambut oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.
Sebaik tiba, Tengku Mahkota Pahang disambut oleh kelibat salah seekor orang utan, Seduku yang sedang menikmati makanan.
Baginda melawat ke Mini Gallery dan ke kawasan memberi makan orang utan, seterusnya berkenan melihat dua lagi orang utan iaitu Sam dan Edwin.
Tengku Hassanal kemudian menerima sembah taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Abang Arabi Abang Aimran mengenai Forest Protection/State Parks dan Sarawak Climate Change Plans and Netts Zero Strategy yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Abang Ahmad Abang Morni.


