ARTIKEL

Tengku Hassanal hadir Majlis Santapan Malam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam, di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.

Sebelum itu, Tengku Hassanal juga berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bilik Menghadap hotel tersebut pada jam 8 malam. 

Dalam sesi menghadap itu, Abang Johari mempersembahkan cenderamata kenangan kepada baginda yang sekali lagi sudi mengunjungi Sarawak.

Sesi menghadap itu turut disertai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Penasihat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Pemangku Raja Pahang merangkap Pengerusi Enggang Group Sdn Bhd Dato’ Sri Muthanna Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sejurus selesai, baginda kemudiannya berkenan menjamu santapan sambil menikmati persembahan nyanyian dan tarian rampaian etnik diiringi muzik tradisional di bawah seliaan Majlis Seni Sarawak (MSS).

Majlis yang diadakan sempena keberangkatan lawatan baginda selama lima hari ke Kuching itu turut dihadiri kira-kira 400 tetamu jemputan.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, timbalan menteri sarawak, dif-dif kenamaan, ketua jabatan serta tetamu jemputan yang lain.

Tengku Hassanal sememangnya terkenal dengan sikap rendah hati dan berjiwa rakyat yang cukup terserlah ketika baginda menyantuni semua jemputan yang hadir.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.

LAIN-LAIN BERITA

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San