ARTIKEL

Orang ramai berpeluang merasai pengalaman dan meneroka karya instalasi topografi, Krystal Valley yang luar biasa dari pengkarya muda, Jun Ong, di Balai Seni Negara mulai 13 Sept hingga 11 Nov ini. Foto: Bernama

Teroka Krystal Valley di Balai Seni Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang merasai pengalaman dan meneroka karya instalasi topografi, Krystal Valley yang luar biasa dari pengkarya muda Jun Ong di Balai Seni Negara mulai 13 Sept hingga 11 Nov ini.

Krystal Valley siri kelapan dalam pameran Hanya Satu “Single” yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2024 dan dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang serta masuk adalah percuma.

Krystal Valley menggunakan tema Lembah Klang sebagai inspirasi, menggambarkan lembah ini bukan sekadar tempat pembuangan malah kawasan yang kaya dengan mineral.

Jun Ong, 36, berkata Krystal Valley menampilkan sebuah landskap futuristik yang menggabungkan elemen ‘’imersif’ dan kristal buatan berkilauan.

“Krystal Valley mempamerkan pelbagai jenis kristal seperti amethyst (ungu gelap), fluorite (hijau lut sinar) dan bismuth (kilauan), yang mudah dikenali melalui warna dan komposisinya.

“Karya ini yang menggunakan bahan terbuang seperti besi buruk, papan elektronik dan kertas ini diolah menjadi kristal tiruan yang membentuk kolaj tiga dimensi, menyatukan memori serta objek lama dan dipamerkan sebagai sebuah monumen yang memperlihatkan kristal tiruan seperti permata berharga,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Media Preview Pameran Hanya Satu “Single” – Krystal Valley malam tadi.

Jun Ong berkata proses ini memberi nafas baharu kepada objek yang biasa, selain memori silam dihidupkan semula seterusnya mencipta hubungan mendalam antara manusia dengan sejarah dan geologi.

“Proses pembentukan kristal, yang dikenali sebagai penghabluran (crystallization), berlaku apabila molekul dalam cecair mula menyejuk dan mengeras lalu menghasilkan kristal kecil yang berkembang apabila lebih banyak atom bergabung.

“Pencahayaan yang digunakan dalam karya ini menjadikannya unik dan futuristik manakala suara halus menghubungkan elemen fizikal dapat membangkitkan perasaan serta penghayatan yang mendalam terhadap karya,” katanya sambil menambah penghasilan karya itu sebagai seruan kepada orang ramai untuk menghargai sejarah dan perubahan.

Beliau berkata karya itu juga membincangkan tentang industri penyembuhan kristal yang bernilai berbilion ringgit sama ada ia disukai kerana kecantikan kristal atau memberi manfaat kepada kehidupan manusia.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sosial rasmi Jun Ong (@junihaoni) atau layari laman sesawang www.junong.co dan www.artgallery.gov.my.-Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road