ARTIKEL

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah. FOTO RAMIDI SUBARI

Teroka peluang pasaran udara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Produk makanan usahawan mikro Sarawak berpotensi dipasarkan kepada penumpang AirBorneo menerusi Pusat Pengumpulan Sehenti (OSCC) di Samarahan, sebagai usaha membuka akses pasaran lebih luas kepada produk tempatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah bdullah berkata, OSCC akan berperanan mengumpul, menggred, membungkus semula, mempromosi dan memasarkan produk usahawan dari seluruh Sarawak.

Jelasnya, kemudahan berkenaan turut memberi peluang kepada produk tempatan yang memenuhi piawaian kualiti untuk dipasarkan melalui platform penerbangan, termasuk sebagai makanan yang dinikmati penumpang AirBorneo.

“Sekarang ini ada peluang untuk memasarkan produk makanan yang boleh dimakan oleh penumpang-penumpang yang naik AirBorneo.

“Makanan atau produk tempatan.

Misalnya, daripada kita disajikan dengan kacang, mengapa tidak kuih sepit yang terbaik dan dibungkus dengan baik,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Mikro Kebajikan 2026 di sini.

Fatimah memberitahu, selain kuih sepit, produk berasaskan nanas seperti jem dan tat nanas mempunyai potensi untuk diketengahkan sekiranya memenuhi keperluan pembungkusan dan kualiti ditetapkan.

“Wanita kita hasilkan jem, kemudian buat tat nanas dan dibungkus dengan menarik, juga boleh disaji kepada penumpangpenumpang.

“Banyak lagi produk kita yang bagus sebenarnya. Kita boleh pilih dan kita lihat ini adalah peluang bagi OSCC untuk memasarkan produk daripada usahawan wanita kita,” katanya.

Menurutnya, antara cabaran yang perlu diberi perhatian ialah aspek pembungkusan, terutama bagi produk yang ingin menembusi pasaran di luar Sarawak.

Fatimah memaklumkan, OSCC yang terletak di Kota Samarahan itu mempunyai keluasan lantai kasar 1,245 meter persegi dan berfungsi sebagai kemudahan bersepadu untuk mengurus produk usahawan dari peringkat pengumpulan sehingga pemasaran. “

Produk yang dikumpulkan akan melalui proses penggredan bagi memastikan hanya produk yang memenuhi tahap kualiti ditetapkan dipasarkan.

“Setelah dikumpul, ia akan digred dari segi kualitinya.

Mana yang menepati kualiti akan dibungkus, kemudian akan dipromosi serta dipasarkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata OSCC turut menyediakan inkubator usahawan bagi memberi latihan secara praktikal, khususnya dalam ekonomi digital.

“Usahawan akan dibimbing dalam aspek pengiklanan, promosi menggunakan peranti serta pemasaran produk secara digital, selain menerima sokongan teknikal untuk meningkatkan kualiti produk.

“Mana yang tidak memenuhi standard kualiti, kita tidak terus tolak tetapi kita bantu meningkatkan kualiti dan inovasi produk usahawan mikro, terutama dalam kalangan B40 yang masih memerlukan bantuan dan sistem sokongan,” katanya.

Jelasnya, konsep OSCC bukan sekadar mengumpulkan produk daripada seorang usahawan, tetapi turut membolehkan produk sama diperoleh daripada beberapa usahawan bagi memastikan bekalan dapat disediakan secara konsisten.

Beliau berkata, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan usahawan mikro bukan sahaja mampu menghasilkan produk berkualiti, tetapi juga mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan pasaran secara berterusan.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah