Terpedaya kekasih ‘online’

KUCHING: Percintaan maya seorang wanita tempatan dengan jejaka asing bukan sahaja berakhir dengan kekecewaan, malah menyebabkan penjawat awam dari Miri itu kerugian lebih RM200,000 akibat ditipu oleh kekasih ‘online’-nya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintendan Maria Rasid berkata kes Penipuan Cinta (Love Scam) melibatkan mangsa berusia 33 tahun itu dilaporkan pada 17 Mac lalu.

Menurutnya, mangsa telah melayari laman ‘dating’ Okcupid pada 1 Jun tahun lepas dan berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Mason Harrison Davis dan bekerja sebagai doktor di Hospital Cardiff, Wales, United Kingdom.

Tambah, suspek kemudian melamar mangsa untuk berkahwin dan mengatakan akan berpindah ke Malaysia, dan mengatakan akan menghantar wang berjumlah 155,000GBP (RM828,812.16) melalui ‘Syarikat Transfast’ sebagai lamaran.

“Sejak perkenalan itu, mangsa telah berhubung (dating) dengan suspek satu jam setiap hari selama lebih kurang sebulan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Mac 2021

Suara Sarawak