ARTIKEL

Teruja beli barang kemas di TikTok, wanita rugi RM3,285

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Keterujaan seorang wanita untuk membeli gelang dan rantai emas lelong hanya pada harga RM260 melalui TikTok mengakibatkannya terjerat dengan sindiket penipuan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM3,285.

Ketua Polis Daerah Bau Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata ketika berada di rumahnya di Kampung Stenggang pada 3 Mac lalu, mangsa yang berusia 44 tahun telah tertarik dengan satu iklan tawaran lelong emas melalui TikTok menggunakan nama kedai Pajak Gadai Lelong Emas 916.

Katanya mangsa kemudian berurusan melalui Whatsapp bernombor 01114118256, yang mengaku sebagai Nurul Hana untuk membeli dua utas gelang emas dan satu utas rantai emas seperti yang diiklankan dengan harga RM260.

“Mangsa kemudian diminta untuk membuat bayaran terlebih dahulu ke satu akaun yang diberi dan pada hari yang sama, mangsa telah membuat transaksi berjumlah RM260 ke akaun Touch ‘n Go (1606 6518 7386) atas nama Aleesya Qadirah Binti Mazlan.

“Seterusnya, mangsa diminta untuk membuat bayaran berjumlah RM750 sebagai yuran bagi penukaran nama pemilik lama emas tersebut kepada nama mangsa.

“Pada hari yang sama, mangsa membuat transaksi pindahan wang secara dalam talian berjumlah RM750 ke akaun Touch ‘n Go (1011 9523 2967) atas nama Nur Syaidatul Azizah Binti Ahmad,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Haide menambah pada 4 Mac, mangsa telah dihubungi melalui Whatsapp (01114118256) dan memintanya membayar RM2,205 sebagai bayaran cukai dan dimaklumkan wang tersebut akan dikembalikan kepadanya.

Katanya mangsa akur dan telah membuat tiga transaksi ke akaun Alliance Bank (6417 1001 3009 294) atas nama Mohamad Farhan Bin Mohd Ruzihan Anuar berjumlah RM2,205.

Beliau berkata mangsa mula rasa curiga dan ditipu kerana masih lagi diminta membuat bayaran dengan memberi pelbagai alasan namun tidak berbuat demikian yang menyebabkan kerugian RM3,285.

Susulan itu, Mohd Haide berkata mangsa tampil membuat laporan polis pada jam 12.11 tengahari tadi untuk siasatan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU